Saturday, 12 January 2019

Its atau It's



Pernahkan ketika anda sedang menulis atau menaip email, laporan atau homework tiba-tiba anda terhenti kerana keliru dengan perkataan its dan it’s?

Bila hendak menggunakan its atau it’s?

its atau it’s

Bunyi kedua-duanya sama dalam sebutan dan tiada masalah dalam perbualan.
Masalahnya adalah dalam tulisan, anda perlu tahu membezakannya kerana maknanya berbeza.

It’s

it’s adalah gabungan 2 perkataan iaitu:-

a)    it + is
b)    it + has

  • it merupakan kata ganti nama diri ketiga seorang/satu (third-person singular pronoun)
  • is dan has merupakan satu bentuk kata kerja.


Contoh ayat:-

a) it + is

It’s very hot today.
It’s awesome!

b) it + has

It’s been a while since we graduated.
It’s been raining for three hours.



Its

  • its adalah kepunyaan/pemilikan (bukan manusia)


Contoh ayat:-

The cat left its footprints on the floor.
The company plans to expand its marketing division in 2019.


Diharap anda sekarang lebih tahu bila hendak gunakan its atau it’s.


Happy New Year and Happy learning!

No comments:

Post a Comment