Monday, 24 June 2019


Bahasa Inggeris untuk Pelajar Dewasa


Menghadapi kesukaran menggunakan Bahasa Inggeris di tempat kerja?

Menghadapi kesukaran mengguanakan Bahasa Inggeris semasa temuduga kerja?


Kursus Bahasa Inggeris di Taman Amaniah Batu Caves, Selangor.


Pembelajaran secara:

kumpulan atau personal;
mingguan atau intensif;
online atau offline (hadir ke kelas) atau kombinasi kedua-duanya.


Yuran bulanan:

Kumpulan - RM200 sebulan
Personal - RM320 sebulan

Sila whatsapp: 018-213 2151

Saturday, 16 March 2019

I wish...


Untuk membina ayat dengan perkataaan wish, gunakan formula seperti di bawah:






Monday, 11 March 2019


I wonder vs no wonder


Apa beza I wonder dan no wonder??


I wonder


I wonder = Saya berasa ingin tahu; tertanya-tanya pada diri sendiri 
(tentang sesuatu)


Contoh:

I wonder who the tall girl is.
Saya tertanya-tanya siapa gadis yang tinggi itu.

I wonder what’s going to happen to him.
Saya tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepadanya.

I wonder if she’s going to leave us.
Saya tertanya-tanya jika dia akan meninggalkan kita.

I wonder if God is punishing us.
Saya tertanya-tanya jika Tuhan sedang menghukum kita.


No wonder


No wonder = tidak hairanlah


No wonder she didn’t come, she was in Vietnam that day.
Tidak hairanlah kenapa dia tidak datang, dia ada di Vietnam hari itu.

He was in the meeting. No wonder he didn’t answer my call.
Dia berada dalam mesyuarat tersebut. Tidak hairanlah kenapa dia tidak jawab panggilan saya.

No wonder she was upset, she didn’t get a promotion.
Tidak hairanlah kenapa dia sedih, dia tidak dapat kenaikan pangkat.


Semoga anda kini lebih jelas tentang bagaimana hendak menggunakan I wonder dan no wonder.

Happy learning!

Tuesday, 12 February 2019


Kamus oh kamus!

If you are a language learner, you can't live without it!


Kamus bukan hanya memberitahu anda tentang makna perkataan semata-mata, ada maklumat lain seperti cara sebutan (anda kena belajar phonetic untuk tahu bunyi sesuatu simbol), kelas kata, contoh penggunannya dalam ungkapan atau ayat dan sebagainya. 

Lihat keratan kamus di bawah.

Jadikan kamus teman baik anda!









Saturday, 12 January 2019

Its atau It's



Pernahkan ketika anda sedang menulis atau menaip email, laporan atau homework tiba-tiba anda terhenti kerana keliru dengan perkataan its dan it’s?

Bila hendak menggunakan its atau it’s?

its atau it’s

Bunyi kedua-duanya sama dalam sebutan dan tiada masalah dalam perbualan.
Masalahnya adalah dalam tulisan, anda perlu tahu membezakannya kerana maknanya berbeza.

It’s

it’s adalah gabungan 2 perkataan iaitu:-

a)    it + is
b)    it + has

  • it merupakan kata ganti nama diri ketiga seorang/satu (third-person singular pronoun)
  • is dan has merupakan satu bentuk kata kerja.


Contoh ayat:-

a) it + is

It’s very hot today.
It’s awesome!

b) it + has

It’s been a while since we graduated.
It’s been raining for three hours.



Its

  • its adalah kepunyaan/pemilikan (bukan manusia)


Contoh ayat:-

The cat left its footprints on the floor.
The company plans to expand its marketing division in 2019.


Diharap anda sekarang lebih tahu bila hendak gunakan its atau it’s.


Happy New Year and Happy learning!

Tuesday, 25 September 2018

Dalam Bahasa Inggeris, ada perkataan yang hampir sama ejaannya tetapi sangat berlainan maksudnya.  Antaranya ialah perkataan confirm dan conform.


Confirm vs. Conform


Mari kita lihat penggunaannya dalam ayat berikut:-


1. Please conform your booking by 5.00 p.m. today.

2. The project must confirm to the requirements set out in the guidelines..


Di antara ayat 1 dan 2 di atas, yang mana betul dan yang mana salah?

Jika anda menjawab kedua-duanya salah, anda betul.


Penggunaan yang betul ialah:-


3. Please confirm your booking by 5.00 p.m. today.

4. The project must conform to the requirements set out in the guidelines..


Dari segi bentuk (form):
Ejaan kedua-dua perkataan ini hanya dibezakan oleh huruf 'i' and 'o'.

Dari segi makna:
confirm = mengesahkan;mengakui benar
conform = mengikut;menurut;mematuhi


Dengan melihat konteks ayat, penggunaan yang betul adalah seperti nombor 3 dan 4. 

Happy studies!

Friday, 4 May 2018



Dalam komunikasi melalui email di tempat kerja, saya selalu menemui kesilapan penggunaan perkataan advise dan advice

Apakah perbezeaan advise dan advice? Adakah kedua-duanya saling menggantikan di antara satu sama lain? 

Mari kita lihat dengan lebih dekat tentang kedua-dua perkataan ini.

Dari segi:-

Bentuk:  hanya huruf s dan c yang membezakan kedua-dua perkataan itu.
Makna:  secara umumnnya bermakna nasihat.
Kelas kata: advise= kata kerja (verb)
         advice=kata nama (noun)
Bunyi sebutan: advise = әdˈvаiz
                       advice = әdˈvаis

Makna pada umumnya sama dan bunyi sebutan pun hampir sama.. Perbezaan ketara adalah dalam kelas kata, iaitu advise adalah kata kerja sementara advice pula adalah kata nama.  

Oleh itu, penggunaan yang betul adalah:-

Advise
  1.        Please advise us as soon as possible.
  2.        We hire a consultant to advise us on new technology.


Advice
  1.       He gave us good advice on marketing strategies.
  2.       Take my advice. Don’t share information if you are not sure.


Jadi hendaklah dipastikan yang mana kata kerja dan yang mana kata nama untuk digunakan pada tempat yang betul dalam terutama dalam penulisan. 

Diharapkan selepas ini kita dapat menggunakan perkataan advise dan advice dengan yakin dan tepat.



Rujukan:
Oxford Advanced Learner’s Dictionary. Eight edition. Oxford University Press.
Kamus Dwibahasa: Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu. Edisi Kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka KL.